Pages

Saturday, March 26, 2011

Sekolah minggu ini

Besok cuti laa bestnyaaa...
Salam and halluuu everyone!!

today i am going to tell you all about what is happening in my school for this week.first of all,kelas aisyah dah dapat result keseluruhan!!keseluruhan ok!!bukan main - main punya cerita!!soo maksudnyer 8 subjek.soo awak - awak semua tau tau jelah kan yang maksudnyer aisyah pun.....dah dapat!!

tapi jangan harap aisyah nak bagitau what's my result!!but for me it is the worst result in my life!!life ok!!korang nak tau tak,ada seorang jer kawan aq yang dapat 8A !!nasib baik perempuan.kalau lelaki yang dapat 8A,mana nak letak muka nihh??dia pandai gilerr ahh!!!dia sebenarnya baru masuk sekolah ni,dulu dia sekolah kat USJ.tengok!!baru masuk dah boleh dapat 8A, aku selutt ahh kat kawan baru aisyah tu !! dan tapi aisyah nak tanya resepi kejayaan dia and aisyah nak tanya jadual harian dia macam mana...kita ciplaklah idea orang lain,tapi dengan syarat, idea tuhh mesti bagus!!

haaa kesian kat aku!!tak per aku dapat kau, aku lenyek - lenyek kau, 8A!! cikgu aisyah cakap , kalau tukar kelas pun masa akhir tahun. tapi masalahnyer sekarang ni,setahun ada 3 exam jer !! sikitkan hehehe?? tapi apapun kita redha jelah dengan apapun yang berlaku. maybe my luck will be on the next exam so kena kerja keras la lepas ni nak dapat result yang lagi baik .Amminn.....just pray to Allah....soo ni je n3 ringkas dari Aisyah....bye bye and assalamualaikum and gud night :) sleep tide n jumpa lagi besok...

Monday, March 21, 2011

I LOVE..

I LOVE ALLAH...
I LOVE MAMA & ABAH..
I LOVE MY SELF..
I LOVE MY SIBLINGS..
I LOVE MY RELATIVES..
I LOVE MY LIFE..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..


Happynyer cuti kali ini

Hai my friends....kali ni aisyah nak cerita sikit cerita - cerita sepanjang cuti sekolah minggu lepas maklumlah dah lama tak update blog.alkisahnya,pada cuti sekolah yang lalu,aisyah pergi menjelajah 3 buah negeri iaitu terengganu,kelantan and Cameron Highland..

Kami gi Kuala terengganu dulu dan paling best masa gi pantai batu buruk dan pantai rhu 10 . masa first day sampai kami jalan-jalan kat Taman Tamaddun Islam dan pusing-pusing sekitar bandar Kuala Terengganu . banyak gak tempat Aisyah pegi macam pasar payang dan gi jalan-jalan cari makan la tu yang paling best sekali hehehe..

Ni gambar Aisyah masa di pantai Rhu 10 , best la pantai ni lautnya biru sanagt tapi ombak tinggi la takut gak sebab masa Aisyah gi ni Jepun baru je kena Tsunami..

Lepas tu Aisyah dan family terus kan perjalanan kami ke negeri Kelantan pula . Kami duduk situ 3hari 2 malam sama juga dekat terengganu. masa di kelantan kami gi jalan-jalan ke pantai cahaya bulan dan best kat sana Aisyah dapat main layang-layang yang abah belikan best main layang-layang sebab angin kuat betul , Aisyah dan adik-adik happy sangat.....

Paling Aisyah happy sekali bila dapat gi Cameron Highland , seperti mana yang korang semua tau cameron kan famous dengan ladang sayur sayuran , kami duduk di sana for 2 days and 1 night je tapi...bestt la cuma rasa sekejap sangat dapat jenjalan ke Cameron dan mama cakap cuti sekolah bulan 6 ni kami akan pegi Cameron lagi yeay !!

Masa kami sampai Cameron baru je habis hujan soo memang sejukkkk gila ahh!!tak bawa jacket punya pasal!! first day masa sampai cameron nak tau pukul berapa ?? pukul 3 petang!!mana sempat nak pergi tengok tempat menarik kat situ.....soo pergi ladang strawberry je lah...esok tuhh kami sambung pergi tengok strawberry farm lagi and ladang teh. Masa kat ladang strawberry tuhh siap boleh petik lagi tapi dengan syarat kena bayar RM20, dapat satu tray untuk isi buah strawberry and 3 orang jerr boleh masuk.soo I get to petik some strawberries...best sanagt sebab strawberrynya besar-besar n fresh laaa!! siapa yang tak suka petik sendiri strawberry ?? semua orang suka kan kan...i relly had a great times masa di strawberry farm rasa macam tak mau balik heheh .

Lepas tuhh pergi ladang teh dan dapat la Aisyah tengok daun teh secara dekat and dapat ambil gambar daun teh jerr cuma kami tak turun ke ladang teh sebab tangga yang disediakan curammm!! takut laaa

On the way balik kami singgah kebun sayur jap best la.....masa kat kebun sayur kobis tu mama sempat lagi berhenti tepi jalan sebab nak beli kobis....Memang best la holiday ke Cameron dan sepanjang jalan Aisyah and adik-adik dapat buka tingkap sejuk saja best dan ringanlah sikit beban si air-cond nihh hehehe jimat la gas air-cond n kurang la pencemaran kan.....tak puas rasanya jalan-jalan ke cameron tapi tak pe abah dah janji nak gi lagi cameron this coming holiday :)

Ni gambar Aisyah dengan adik-adik posing dekat replika masjid..

ok....tu jelah n3 kali ni dan nxt time aisyah buat n3 baru la k bye bye :)

Monday, March 7, 2011

Minggu exam..

Minggu ni dah mula exam
Macam-macam yang Aisyah rasa sekarang
Suspen pun ada laaa
Anyway I`m ready for it...

Hopefully exam kali ni..
Aisyah boleh buat dengan sebaik mungkin...

Hmmmmmmm what is the answer for this questions.....

Lepas habis exam...kita tunggu je la result..
Tapi kita cuti sekolah dulu...
Best tu...

Sunday, March 6, 2011

why do I want to have a blog......

Assalamualaikum and Halluuuu......

Malam ni ada lagi satu n3 before i off to bed (besok nak sekolah exam lagi so kena tidor cepat laa) hokeh macam tajuk n3 kat atas tu , Aisyah just want to say a few things about it , why do I want to have a blog ?? simple question so my answer pun going to be very simple and straight to the point..

Ok , the reason why I want to have a blog is........

1.Sebab nak latih diri buat karangan and kuatkan pemahaman , ye la bila nak buat n3 kan kita kena banyak berfikir untuk karang ayat dan cari idea . So ,boleh la buat Aisyah berfikir lebih kreatif dan aktif . Masa mula start blog ni Aisyah macam rasa susah juga ya tapi bila dah lama-lama best pula .

2.Sometimes it's fun to share stories with everybody. Aisyah selalu tengok Mama Aisyah yang sangat aktif berblog dan blog Mama dapat sambutan yang sangat baik dari viewer dan followers blog Mama 

3.Blog have become a trend sekarang ni everybody can have a blog . I can make new friends too dan Mama pun selalu encourage Aisyah aktif berblog , thanks Mama , Aisyah love you for supporting me dan tolong Aisyah masa mula-mula Aisyah nak buat blog ni . Actually dari awal tahun 2010 lagi Mama bagi idea Aisyah ada blog tapi Aisyah macam tak ready lagi sebab last year kan exam UPSR so Mama pun cakap tunggu Aisyah naik form 1 baru start aktif berblog ni..

4.Ooooo ya lupa pulak jangan ada yang ingat Aisyah buat blog ni untuk tiru atau nak bersaing dengan siapa-siapa ya . I`m not that kind of person , Aisyah buat blog ni untuk suka-suka dan untuk Aisyah mencuba bakat Aisyah dalam bidang penulisan . lagi satu tiada istilah 'COPYCAT ' dalam dunia blog , Blog bukan hak siapa - siapa , tak ada siapa - siapa yang nak/boleh halang kita daripada membuat blog . Blog is for every body....


Now that's why I want to have a blog and hopefully Aisyah akan terus aktif sebagai seorang blogger . Me a young blogger and loving it...........

Ok nite-nite ,sleep tide...
choa cin cau...

Weekend yang mendebarkan....

Haluuuu semua !!! kenapa tajuk kali ini 'cuti yang mendebarkan'??bukan ke cuti sepatutnya bestt??sebenarnya tajuknya macam ni sebab lepas cuti (naik hari Isnin)dah nak......EXAM a.k.a PEPERIKSAAN!!!!!

Siapa tak takut dengan peperiksaan??lagi pun kali ni ialah peperiksaan pertama aisyah di sekolah menengah!!mendebarkan.....laaaaa!! jadi jadual weekend nji dah tukar sepatutnya selalu aisyah pergi jalan macam weekend lain tetapi weekend ni dipenuhi dengan study....memang lah bosan 24 jam kerja study jer....tetapi kadang kita boleh buat masa tu seronok..tapi kita tak boleh study dalam keadaan stress tau...nanti satu hapak pun tak masuk dalam otak...

Sebenarnya waktu study yang bagus ialah sekitar pukul 4 atau 5 pagi sebab masa tu otak kita fresh sebab baru bangun tidur..tapi tak ramai boleh bangun masa tu even aisyah pun tak boleh bangun masa tu,lepas solat subuh aisyah terus tidur bukan nak study hehehe biasa la cuti mmg nak tidur xtra hour la !!!

First day (hari isnin,7/3) aisyah ada peperiksaan Bahasa Melayu lepas tu lepas rehat sejarah . Aisyah paling takut sejarah sebab banyak kena hafal tapi nasib baik masuk bab 1&2 saja sooo tak banyak kena hafal tapi BM memang kena buat latihan berkenaan dengan karangan.tapi aisyah baca bahagian tatabahasa and pemahaman sebab paper 1 and paper 2 kena kuatkan bahagian - bahagian pemahaman ni.Maybe this only thing that i can share with you all.ok,byee!!and sapa - sapa yang murah hati atau senang di panggil baik hati please doakan aisyah supaya tenang hati semasa menjawab soalan sejarah and especially BM....thank you....byeee!!

Friday, March 4, 2011

Bestnya cuti......


Halu!!!

Aisyah buat n3 lagi hehehe ye la besokkan cuti so Aisyah ada la masa nak duduk depan laptop ni lama sikit heheheh  i loike..

Aisyah nak cerita pasal cuti laaaa pulak kali ni .Kenapa semua orang suka cuti???cuti,cuti,cuti!!itu jelah yang orang suka.sebenarnya memang semua orang suka cuti kan kan...

Aisyah suka bila hari isnin , jumaat and weekend. Nape hari isnin ? sebab boleh jumpa kawan setelah 2 hari cuti atau cuti sekolah. Hari jumaat pulak - sebab balik cepat,bawa buku ikut jadual sikit jer,esok tu dah cuti[2 hari pulak tu] hehehe , so boleh online lama sikit sebab esok tu dah cuti kan......malam ni boleh tidur lewat and banyak lagi lah....

Weekend - semua orang suka kan!! - boleh berehat setelah 5 hari 'bekerja'[pergi sekolah],boleh tidur lama - lama , selalu pergi jalan - jalan , masa tu lah baru boleh study. Ok sekarang ni aisyah nak cerita apa yang aisyah buat masa weekend..... 

- Sabtu pagi - pagi mandi , breakfast( kadang-kadang sarapan kat luar) , basuh kasut , siapkan kerja sekolah , tengok tv, kadang - kadang masa pagi pukul 9-11 pergi swimming kat putrajaya ( 3 kali sebulan kita gi swimming ) , siapkan barang - barang sekolah , tengok tv , solat  5 waktu lepas tu kadang-kadang gi jalan-jalan ikut mama gi beli groceries kat Tesco . Paling best kita boleh online hehehheehe me like so muchh !!!!tengok fb[kalau sapa - sapa yang ada fb tu add lah aisyah yer :)],online sampai lewat malam,lepas tu baru tidur.

Hari ahad pulak - solat , mandi , breakfast ,siapkan barang sekolah , study , lunch kat luar , solat , jalan-jalan window shopping , balik rumah solat , releks-releks . Malam makan dinner , solat - tengok tv jap , online fb , main game , youtube dan buat apa je la . Tapi malam Ahad selalunya Aisyah tidur awal sebab besok dah sekolah.....Ok tu jelah yang aisyah nak cerita pasal weekend Aisyah...


Weekend minggu ni tak gi mana la sebab Isnin dah exam so kena study la hmmmm takut laa juga so better prepare study la..... bye tata besok Aisyah buat n3 baru lagi....

Shsyysss....


Hi,everyone.nak tahu tak kenapa aisyah tulis tajuknya macam ni??sebenarnya 'topik' kita pada harini ialah 'MENGEJEK'.korang mesti pernah dengar perkataan tu and mungkin banyak kali mengalami perkara tu.

Sesetengah orang kata "alah benda tu benda biasalah".but,bagi sesetengah orang seperti Aisyah sendiri tak suka diejek.lagi - lagi bila ejek nama bapa kita sendiri.sapa tak marah??sebenarnya buat apa kita nak ejek nama bapa or nama orang tu sendiri kalau kita sendiri tak suka diejek.betul tak??

Kalau nak buat sesuatu yang akan menyakitkan hati orang lain,cuba bayangkan kita dalam situasi tu.kita kena fikir perasaan orang lain juga!! 'trend' mengejek sekarang ni ialah ejek nama bapa.Tali rafia lah,Sambal lah,Bendi lah macam - macam....parent kita dah bagi nama sedap - sedap makna pun sedap,dengan sesedap rasanya dia ejek nama kita!!... terukkan...

Tak baik tau ejek-ejek ni ,
Macam tak ada adap je orang yang suka mengejek ish ish ish..

Ada yang kena ejek n*j*s [benda yang terlalu teruk sampai tak 'lalu' nak cakap].senang - senang kita ingat ni je lah - bila kita buat baik kita dapat pahala,tetapi bila kita buat jahat [seperti mengejek] kita juga lah yang akan dapat 'bala'!!lagipun mengejek kan dosa!!yang elok kita tak nak buat,yang jahat lagilah yang kita nak buat....dah tau benda tu salah and menyakitkan hati orang tak yah lah nak buat...jadi kesimpulan daripada apa yang Aisyah tulis hari ni ialah - pikir sebelum nak buat sesuatu benda yang boleh menyinggung orang lain macam kawan-kawan baik kita sendiri , berhati-hati bila nak bercakap kalau rasa apa yang nak dicakap tu boleh bawa kesan buruk lagi baik diam je..

Tapi itulah pandang aisyah..jadi kalau sesiapa yang 'terjebak' dalam salah laku ni minta maaf lah cepat - cepat and ikhlas and insaf lah terhadap apa yang telah dilakukan.tau - tau je lah sapa yang kaki mengejek tu yer!!! bye bye and assalamualaikum....

Silence is gold...think twice before you say anything...

Cerita pada minggu ini...


Assalamualaikum n Hello hello,ok harini nak cerita pasal apa pulak ye??

Haaaaa dah lama gak tak up date blog saye ni ye la saye ni bila hari Jumaat atau weekend je dapat buka blog lama-lama. kalau week days tu kadang-kadang je . Ok,sebenarnya isnin minggu depan dah start  exam...ni tengah takut nihh!!peperiksaan ada tiga kali je - peperiksaan awal tahun,peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.dah lah banyak kena study,hafal...fenin' kepalaku!!soo minggu ni kat sekolah buat ulangkaji je....sejarah paling ku fenin'.kena hafal macam - macam.tapi nasib baik masuk bab 1 dan bab 2 je...science pun kena hafal banyak juga.tetapi,yang bestnya.......75 - 100 dah boleh dapat A.best gilerr!!!!kalau tidak tahun lepas[dan tahun berikutnya...] 80 baru boleh dapat A.

Tadi form 2 and form 3 je yang exam.kesian diaorang.tapi diaorang start awal habis awal....aisyah tak sabar untuk cuti sekolah ni sebenarnya...tu yang baru bestt...tapi apa - apa pun doakan aisyah supaya dapat jawab peperiksaan dengan tenang and dapat sekurang - sekurangnya dapat 6A dan keatas...Amin...ok,bye bye :)) 

I will try my best..

Wednesday, March 2, 2011

Sesi motivasi untuk diri sendiri

Exam is coming huhuh next week Monday , malam ni me sempat browse cari tips untuk perbaiki diri sendiri dan segala kekurangan diri me dan me jumpa 33 tips jadi pelajar cemerlang ni kat internet best juga baca dan boleh diguna untuk diri sendiri ni..




1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. @}>-`-,–}—-
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Cantiknya handbag..

Sekali sekala best juga browse google tengok bag-bag yang cantik ni , n3 kali ni kirannya sesi berangan la juga hehehe

Bag polka dots ni cute and cantik dan sweet , all girls should have this bag!!


Do you know what is the brand of the bag above?I bet you all know what is it.It is....Coach!!everybody's favourite brand(i guess...).this bag is so beautiful and i love the soft pink colour..


Both of this bag is pretty and beautiful , yang bawah ni fashion terkini sama macam yang bawah ni , i like the bottom soo much and the design is simple and cute!!

Sooo cantik...


Ohh My God!!Chanel!!!my favourite brand!!(and also coach) hampir semua design bag Coach n Chanel  cantik. Like it so much.....


Bag ni pun cantik juga (Juicy Couture) sebab warnanya lovely , suitable for age 12 - 16 or probably 12 and up because cantik sangat!!!

All the bags is so sweet and cute . Betul tak ??do you agree with me? probably yes..tapi percayalah semuanya cantik - cantik belaka!!!!cuba pilih satu..but for me i'll take it all!! Hehehe berangan je ok la kan...who knows maybe on day i`ll get my dream handbags...